CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 23, 2009

Harijadi Di Raikan Bersama...

Walaupun cerita ni dah hampir seminggu berlalu..kelewatan atas sebab2 yang tidak disengajakan..barulah boleh terkeluar hari ini..

Selepas hari Deepavali..18/10/2009..Saya 1 family meraikan harijadi 3 orang dalam keluarga saya..ayahanda saya 16/10/2009..anak-anak buah saya 2 orang..yang sorang tu 24/10/2009 dan yang lagi sorang 7/11/2009..sekali gus meraikan..ini tak termasuk saya penghujung bulan 11..takpe lama lagi..ayah saya import tukang masak dari Pagoh, Muar (Mak Usu..adik ayah saya)..menu asal nak buat bihun goreng je..tapi oleh kerana Mak Usu saya yang masak..maka menunya sudah bertukar..dari bihun ke mee bandung dan roti jala dimakan dengan kuah dalca..

Nurul Asyikin 4 tahun & Mohamad Aidil Fitri 3 tahun..

Muka-muka selepas potong kek..dan dapat hadiah..apa yang ditembak tu pun tak tahulah..maaflah acara memotong kek sama ngan atok mereka iaitu ayahanda saya tak dapat diambil..ni semua gara-gara kamera tu merajuk..hampeh tul..masa tu lah gak die nak merajuk..sakit jiwa..ni terpaksalah menggunakan kamera HP saya dengan gambar yang kurang memuaskan..


Ni lah menunya..mee bandung dan kuah dalca..maaflah ye roti jala tak sempat nak ambik (termasuklah gambar2 lain)..busy sangat..tengok-tengok dah habis..hehe...sebab saya ni hantu roti jala tu yang cepat habis..

Selamat Hari Jadi kepada ayah saya..semoga dimurahkan lagi rezeki hendaknya..dan kesejahteraan hidup juga kesihatan yang baik..terima kasih menjaga kami adik beradik dengan cukup sempurna..

untuk anak-anak buah ku..perjalanan hidup korang berdua masih panjang..mak ngah doakan semoga hidup korang berdua aman disamping kesihatan yang baik..janganlah memilih landasan hidup yang salah..jadilah insan yang berguna apabila dewasa kelak...







2 comments:

Mohd Arzaiee & Norzitaty Rubaya said...

tgk mee bandung tetibe rasa nak balik muo la huhuhu...

angah said...

balik kak jangan x balik..p makan mee bandung abu hanifah..balik muo kat mana kak..?