CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 14, 2009

Pelapis Generasi...

Mari kita sama-sama kongsi info sikit mengenai kanak-kanak melayu yang berbakat..

Selain sebelum ini suatu ketika kita ada Sufiah Yusuf yang dapat belajar di Universiti Oxford pada umur 13 tahun..dan kerana ada masalah keluarga, dia sendiri telah jauh dari asalnya..selepas itu kita ada Adi Putra Abd Ghani..dapat menguasai matematik dengan cepat, telah banyak menghasil formula sekitar umur 7 tahun..dan sekarang kita ada Tengku Ahmad Irfan Tengku Ahmad Shahrizal..pakar dalam menguasai piano..kesemuanya bermula dengan umur yang sangat muda..


"Beliau telah menunjukkan bakat semulajadi dalam bidang muzik seawal usia 7 tahun. Dalam masa 2 tahun, dia telah dianugerahkan sijil cemerlang dari Trinity Guildhall untuk piano solo Gred 5 sebelum menerima kepujian untuk Gred 8.


Pada awal penglibatannya dalam seni, Tengku Ahmad Irfan telah berjaya mengalunkan repertoire yang hebat tanpa sebarang bimbingan khusus. Bakatnya telah menarik perhatian ramai hingga diundang membuat persembahan di kaca TV dan terlibat dalam Program Pendidikan & Luaran MPO.


Tengku Ahmad Irfan juga pernah menghadiri masterclass di bawah bimbingan Professor Dr Arbo Valdma dan kini berada di bawah bimbingan Professor Snezana Panovska."


Mereka ini semua adalah pelapis generasi yang akan datang..moga-moga mereka semua kekal dengan kemahiran dan bakat yang mereka ada..


0 comments: