CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 20, 2009

Ekspo Agro di Ayer Hitam..

Ekspo Agro Johor ‘09

NUSAJAYA 11 Nov. – Johor buat julung kalinya akan menganjurkan mini Pameran Pertanian Hortikultur Agro Pelancongan besar-besaran yang dikenali ‘Ekspo Agro Johor 09’ mulai 21 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Abd. Aziz Kaprawi berkata, ekspo itu akan berlangsung selama lima hari di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam di Batu Pahat dekat sini.

Katanya, ekspo itu yang merupakan gabungan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ‘09 serta Ekspo Industri Asas Tani ‘09 akan menghimpunkan sekitar 100 peserta daripada pihak swasta, agensi kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC).

“Bagi menjayakan ekspo selama lima hari itu, pelbagai pengisian diatur termasuk Konvensyen Peladang Johor dan pameran agensi kerajaan dan gerai jualan.

“Pengunjung juga diberi peluang mengadakan lawatan ke ladang-ladang yang ada di Projek Pertanian Moden berkeluasan 4,000 hektar dengan menaiki bas secara percuma,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Abd. Aziz berkata, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM500,000 bagi membiayai program itu dan dijangka lebih 10,000 orang akan berkunjung ke ekspo yang lokasinya terletak di tengah-tengah Johor.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja berkata, bagi menjayakan program berprestij itu pihaknya menyeru seluruh masyarakat tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi ekspo itu.

“Kesemuanya telah diambil kira di mana tapak berkenaan merupakan kawasan yang terlibat secara langsung dengan pertanian menggunakan teknologi moden maka benda ini yang kita hendak dedahkan kepada masyarakat tani, nelayan dan penternak.

“Saya yakin peluang ini tidak akan dilepaskan oleh penduduk Johor khususnya anggota masyarakat dari Segamat, Mersing, Kluang, Muar, Pontian dan Kota Tinggi,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia..

Jom ramai ramai kita meriahkan lagi ekspo ni...saya tetap akan pergi walaupun cuaca sentiasa bersalji..hujan le..

0 comments: