Assalamualaikum buat sape sape yang membaca blog saya..
Monday, November 30, 2009
Today...My...Besday..hehe..
Posted by angah at 2:00 PM 6 comments
Labels: Diri Sendiri
Saturday, November 21, 2009
Takutnya Dan Gementarnya..Darah Gemuruh Dah Tiba..
Posted by angah at 11:54 AM 1 comments
Labels: Diri Sendiri
Terima Slip 5A Depan Jenazah Ibu
SEREMBAN: Tidak seperti murid tahun enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy, kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya. Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior kelmarin, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu, selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.
Mudah mudahan Allah permudah kehidupan adik ini..dan semoga tabah menghadapi segala macam ujian yang bakal beliau hadapi..Moga moga juga beliau dapat belajar bersungguh sungguh demi masa depan, cita cita dan harapan ibunya..
Posted by angah at 11:41 AM 0 comments
Labels: Berita
Cerita Sebelum Tidur Bina Daya Imaginasi Dan Kreativiti Anak Anda
"Antara kebaikannya ialah ia dapat membuat anak-anak anda tenang dan berasa relaks. Cerita yang anda perdengar juga boleh membina daya imaginasi mereka dan apabila mereka meningkat usia, akan memberi daya kreativiti yang lebih tinggi," kata beliau.
Dengan bercerita kepada anak anda ketika mereka ingin tidur akan membuat mereka tertunggu-tunggu masa ini kerana mereka akan rasa lebih dekat dengan ibu bapa.
"Ia merupakan satu ketika yang akan diingati oleh anak anda seumur hidup beliau. Aktiviti bercerita kepada anak anda sebelum mereka tidur juga akan memupuk tabiat suka membaca anak-anak, selain memberi keseronokan kepada mereka.
"Ini merupakan satu masa yang amat berharga kerana anda boleh bersendirian bersama anak, dalam suasana yang tenang dan tiada gangguan," kata beliau.
CERITA YANG SESUAI
"Janganlah bercerita tentang cerita-cerita yang seram atau sedih kerana ini akan menggangu alam tidur mereka nanti umpamanya mereka akan bermimpi benda-benda yang menakutkan".
Jadi apakah cerita yang sesuai?
Menurut pakar itu, tidak kira sama ada membaca daripada buku atau bercerita dengan bersahaja, cerita-cerita itu seeloknya mempunyai beberapa ciri seperti situasi yang ada persamaan, cerita tidak terlampau panjang dan juga ada kepelbagaian.
"Anda harus menyesuaikan cerita itu dengan sesuatu yang biasa dengan situasi anak anda. Contohnya seorang raja yang mempunyai putera yang nakal atau tentang seseorang yang mempunyai haiwan peliharaannya seperti arnab atau ikan yang boleh berkata-kata.
"Atau gambarkan situasi cerita seolah-olah hampir sama dengan tempat anak anda telah lawati seperti zoo atau taman haiwan atau mungkin juga sebuah stor yang menjual barang permainan dan sebagainya. Dengan berbuat begini anda akan membantu anak anda memperkaya imej di minda serta daya imaginasi dan kreativiti mereka".
Ceritanya pula janganlah terlalu panjang.
"Panjang ceritanya dalam linkungan 20 minit sahaja. Tujuan bercerita ialah untuk membantu anak anda tidur, jadi ia tidak perlu terlalu panjang. Anak-anak mahukan 'penamat' pada cerita itu, jadi kalau mereka tertidur sebelum cerita itu tamat, mereka akan rasa kecewa.
"Kalau membaca daripada buku yang mempunyai beberapa bab, cuba baca dari bahagian ke satu bahagian dan cuba hentikan cerita itu pada satu segmen yang boleh mendatangkan kesimpulan".
CERITA-CERITA LAIN
Anak anda biasanya gemar pada sesebuah buku atau beberapa cerita pendek. Anda mesti sabar bercerita walaupun anak anda meminta buku yang sama dibaca berulang kali atau juga juga cerita yang sama diperdengar berulang kali.
Mungkin juga anda boleh memberikan sedikit kepelbagaian dengan memperkenal cerita-cerita yang 'baru' atau boleh bercerita cerita kegemaran mereka berselang malam.
"Berikan anak anak anda pilihan dan mereka juga sudah tentu mahukan yang baru bila usia meningkat sedikit dan mereka juga akan menemui cerita kegemaran yang baru nanti".
BUKU BERGAMBAR
Bila usia anak semakin meningkat, mereka juga akan semakin pandai bercerita.
Ketika ini masa bercerita sebelum tidur bukan lagi satu 'one man show' (dilakukan seorang) tetapi anak juga turut terlibat dalam bercerita.
Sebelum mereka pandai membaca, ada baiknya jika mereka diberi buku-buku yang mempunyai banyak gambar atau ilustrasi.
Bila mereka mula belajar membaca, adakan banyak gerakan jari dan tunjuk tentang apa yang mereka baca serta juga dengar pertanyaan serta celoteh mereka. Anak kecil biasanya akan mengajukan banyak soalan.
Interaksi sebegini penting untuk mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak.
"Bila anak anda mula membaca tentang satu cerita, jangan ganggu mereka dan biarkan sahaja. Hindarkan daripada memberi komen negatif terhadap cerita mereka".
Cerita sebelum tidur ialah satu momen penting bagi anak anda.
"Mimpilah yang indah".
Posted by angah at 11:21 AM 0 comments
Labels: Info Ringkas
Diabetes
Senaman Boleh Jauhkan Diabetis Dari Anda KUALA LUMPUR, 20 Nov -- Bagi K.S Maniam, 67, seorang penghidap diabetis (kencing manis) selama 15 tahun, senaman, walaupun hanya selama 15 minit setiap hari, sudah cukup membantu mengawal penyakit itu. * Berita Bernama*
"Diabetis wujud dalam keluarga saya," menurut Maniam yang merupakan Penolong Setiausaha Agung Persatuan Diabetis Malaysia (PDM).
"Adik lelaki saya meninggal dunia ketika umurnya 34 tahun kerana komplikasi diabetis dan seorang lagi terpaksa dipotong kakinya pada usia 50 tahun kerana masalah yang sama.
"Bagi saya, diet yang tidak sihat serta kurangnya senaman telah memburukkan keadaan kesihatan mereka. Saya tidak mahu menerima nasib yang sama."
Apa yang disuarakan Maniam memang benar kerana pada umumnya masih ramai yang mempunyai sikap 'tidak kisah' terhadap penyakit ini serta tidak kurang juga mereka yang enggan mengubah cara pemakanan serta gaya hidup yang tidak sihat di zaman moden ini.
Lantaran itu, tanpa disedari semakin ramai rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan risiko menghidapi penyakit ini.
PENYAKIT ENDOKRIN
Diabetis Melitus ialah sejenis penyakit endokrin yang punca utamanya ialah kegagalan badan untuk menggunakan (utilisasi) kandungan gula dalam darah sehingga menyebabkan kandungan gula darah melonjak melepasi tahap normal (3.5-6.5).
Terdapat dua jenis Diabetes Melitus iaitu Jenis 1 yang juga dikenali sebagai diabetis juvenil (di mana badan gagal mengeluarkan hormon insulin yang diperlukan untuk menukarkan gula kepada tenaga) dan Jenis 2 (badan tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau tidak dapat utilisasi insulin dengan sempurna).
Statistik PDM (berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morboditi Kebangsaan - NHMS) menunjukan sebanyak 98 peratus dari 1.2 juta rakyat Malaysia pada tahun 2006 yang menghidapi diabetis, ialah dalam kategori kedua.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Malaysia dijangka mempunyai 2.48 juta penghidap diabetis pada tahun 2030.
DIET TIDAK SIHAT, KURANG SENAMAN
Beberapa faktor risiko penyakit ini, seperti faktor genetik (keturunan), adalah di luar kawalan tetapi perkara lain seperti kurangnya senaman, pemakanan yang tidak sihat serta kegemukan yang berlebihan juga boleh menjadi penyebab.
Diabetis boleh memberi kesan terhadap sel-sel di dinding saluran darah dan menyebabkan boleh berlakunya masalah vaskular termasuk penyakit kardiak (jantung), sklerosis (penebalan) arteri, hipertensi (darah tinggi) dan juga kegagalan buah pinggang.
Antara kesan sekunder ialah masalah peredaran darah yang ketara jika diabetis di luar kawalan, jangkitan dan kudis kulit, gangrene (tisu mati), kerosakan retina (mata) yang boleh menyebabkan buta, kehilangan fungsi sensori serta juga mati pucuk.
Oleh itu berada dalam keadaan sentiasa cergas untuk kelancaran peredaran darah serta bekalan oksigen ialah kunci bagi hidup yang sihat.
Implikasi kepada kekurangan aktiviti sedemikian dicerminkan dalam dapatan NHMS 2006, akan kelaziman diabetis mengikut jenis pekerjaan di Malaysia yang mendedahkan bahawa pekerjaan yang kurang mencetuskan aktiviti boleh memburukkan keadaan penyakit ini.
Sebagai contoh sebanyak 15.9 peratus pegawai kanan dan pengurus menghidapi diabetis, penganggur 16 peratus, suri rumah 14.2 peratus, petugas teknikal 12.1 peratus, pengendali dan pemasang mesin 11.7 peratus dan profesional 10 peratus.
Dr Lingeshwaran Pillai, tuan punya 'Fitness Network' menerangkan bahawa senaman bertindak dalam dua cara dalam mengawal diabetis.
Menurut beliau, senaman boleh bertindak memberi stimulasi agar lebih banyak insulin di dalam badan di(rembeskan) keluarkan serta sensitisasi semula tisu otot dan lemak terhadap insulin yang dikeluarkan oleh organ pengeluar iaitu pankreas.
Kata Dr Pillai lagi, senaman aerobik (senaman gerak intensiti rendah) serta anaerobik (tenaga yang dikeluarkan bila oksigen dalam otot kurang semasa gerak intensiti tinggi) ialah penjana kuat yang boleh menolong mengimbangi metabolisme di dalam badan manusia.
Oleh itu senaman yang kerap dilakukan adalah penting sebagai langkah mengelak daripada menghidapi diabetis.
Kata beliau, kekurangan oksigen di dalam sistem otot juga menggalakkan pembentukan asid laktik.
"Bila ada banyak asid laktik, maka berlaku satu proses di mana tisu otot akan menegang dan sebab itulah pesakit diabetis selalunya kelihatan tegang, letih serta lesu," kata beliau.
CARA BIJAK SENAMAN
Bagi Dr Pillai, cara senaman yang bijak adalah penting bagi gaya hidup sihat seorang pesakit diabetis.
"Semuanya mengenai senaman dengan cara yang bijak", kata beliau, sambil menambah objektif senaman ialah untuk membakar kalori yang berlebihan sama ada melakukanya di pusat kecergasan atau aktiviti luar rumah.
Sementara itu, Setiausaha Agung PDM Datuk Rahimah Ahmad berkata jenis senaman yang dilakukan mestilah sesuai dengan umur mereka yang menghidapi diabetis.
Rahimah ditemui semasa kempen 'Hidup Sihat Bersama Diabetis' yang dianjurkan bagi menggalakkan pengawalan diabetis secara efektif.
Selain memantau tahap glukos di dalam darah, mengamalkan diet yang seimbang serta sihat dan senaman yang secukupnya amat perlu bagi mengelakkan pesakit menerima komplikasi daripada diabetis.
"Apa-apa (senaman) pun boleh dijalankan, asalkan sekurang-kurangnya dilakukan tiga kali seminggu. Kalau umur (pesakit) sudah lanjut, mereka boleh bersenam secara melakukan gerak jalan secara pantas. Menaiki tangga juga merupakan aktiviti yang sesuai. Joging, berenang dan senaman yang lain turut disyorkan.
"Walaupun saya menghidapi diabetis sejak 20 tahun yang lampau, saya boleh mengawal penyakit itu, hidup lebih lama dan menghidari komplikasi dengan membuat perubahan pada gaya hidup," tambah beliau.
Posted by angah at 11:14 AM 1 comments
Labels: Info Ringkas
Friday, November 20, 2009
Ekspo Agro di Ayer Hitam..
NUSAJAYA 11 Nov. – Johor buat julung kalinya akan menganjurkan mini Pameran Pertanian Hortikultur Agro Pelancongan besar-besaran yang dikenali ‘Ekspo Agro Johor 09’ mulai 21 November ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Abd. Aziz Kaprawi berkata, ekspo itu akan berlangsung selama lima hari di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam di Batu Pahat dekat sini. Katanya, ekspo itu yang merupakan gabungan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ‘09 serta Ekspo Industri Asas Tani ‘09 akan menghimpunkan sekitar 100 peserta daripada pihak swasta, agensi kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC). “Bagi menjayakan ekspo selama lima hari itu, pelbagai pengisian diatur termasuk Konvensyen Peladang Johor dan pameran agensi kerajaan dan gerai jualan. “Pengunjung juga diberi peluang mengadakan lawatan ke ladang-ladang yang ada di Projek Pertanian Moden berkeluasan 4,000 hektar dengan menaiki bas secara percuma,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini. Abd. Aziz berkata, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM500,000 bagi membiayai program itu dan dijangka lebih 10,000 orang akan berkunjung ke ekspo yang lokasinya terletak di tengah-tengah Johor. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja berkata, bagi menjayakan program berprestij itu pihaknya menyeru seluruh masyarakat tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi ekspo itu. “Kesemuanya telah diambil kira di mana tapak berkenaan merupakan kawasan yang terlibat secara langsung dengan pertanian menggunakan teknologi moden maka benda ini yang kita hendak dedahkan kepada masyarakat tani, nelayan dan penternak. “Saya yakin peluang ini tidak akan dilepaskan oleh penduduk Johor khususnya anggota masyarakat dari Segamat, Mersing, Kluang, Muar, Pontian dan Kota Tinggi,” katanya. Sumber: Utusan Malaysia.. Jom ramai ramai kita meriahkan lagi ekspo ni...saya tetap akan pergi walaupun cuaca sentiasa bersalji..hujan le..Ekspo Agro Johor ‘09
Posted by angah at 2:42 PM 0 comments
Labels: Info Ringkas
Jom Radix..
Posted by angah at 11:34 AM 0 comments
Labels: Frenz, Jalan-jalan, Makan