CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 30, 2009

Today...My...Besday..hehe..

Assalamualaikum buat sape sape yang membaca blog saya..


First nak cakap maaf sebab dah lama tak update blog ni..gara gara ada masalah talian telefon dan internet di office..ni pun saya mengupdate di CC..tak sempat nak round round keblog akak akak yang saya kenal..

Second saya nak cakap hari ini adalah hari jadi saya..yang ke...hehe..rahsia rahsia..malu weh..

Saturday, November 21, 2009

Takutnya Dan Gementarnya..Darah Gemuruh Dah Tiba..

Isnin minggu depan bersamaan 23 Nov 2009 saya akan ke SPRM untuk temuduga..aduh..darah gemuruh dah datang..tapi kena cool..bersedia..relax angah..saya camnilah nervous sangat sangat..

Doakan saya mudah mudahan saya dipermudahkan menghadapi temuduga itu..


Terima Slip 5A Depan Jenazah Ibu

SEREMBAN: Tidak seperti murid tahun enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy, kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior kelmarin, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu, selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.


Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada jam 11.30 pagi semalam.

“Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan ketika hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu,” kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

Pada April lalu, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: “Siti adalah ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang. Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

“Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said,” katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid tahun enam itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: “Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang.”

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

“Siti tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad,” katanya.

*Berita Bernama*


Mudah mudahan Allah permudah kehidupan adik ini..dan semoga tabah menghadapi segala macam ujian yang bakal beliau hadapi..Moga moga juga beliau dapat belajar bersungguh sungguh demi masa depan, cita cita dan harapan ibunya..


Cerita Sebelum Tidur Bina Daya Imaginasi Dan Kreativiti Anak Anda


DAYA IMAGINASI DAN KREATIVITI

Menurut seorang pakar psikologi kanak-kanak, bercerita kepada anak sebelum tidur membawa bawa banyak kebaikan.

"Antara kebaikannya ialah ia dapat membuat anak-anak anda tenang dan berasa relaks. Cerita yang anda perdengar juga boleh membina daya imaginasi mereka dan apabila mereka meningkat usia, akan memberi daya kreativiti yang lebih tinggi," kata beliau.

Dengan bercerita kepada anak anda ketika mereka ingin tidur akan membuat mereka tertunggu-tunggu masa ini kerana mereka akan rasa lebih dekat dengan ibu bapa.

"Ia merupakan satu ketika yang akan diingati oleh anak anda seumur hidup beliau. Aktiviti bercerita kepada anak anda sebelum mereka tidur juga akan memupuk tabiat suka membaca anak-anak, selain memberi keseronokan kepada mereka.

"Ini merupakan satu masa yang amat berharga kerana anda boleh bersendirian bersama anak, dalam suasana yang tenang dan tiada gangguan," kata beliau.

CERITA YANG SESUAI

"Janganlah bercerita tentang cerita-cerita yang seram atau sedih kerana ini akan menggangu alam tidur mereka nanti umpamanya mereka akan bermimpi benda-benda yang menakutkan".

Jadi apakah cerita yang sesuai?

Menurut pakar itu, tidak kira sama ada membaca daripada buku atau bercerita dengan bersahaja, cerita-cerita itu seeloknya mempunyai beberapa ciri seperti situasi yang ada persamaan, cerita tidak terlampau panjang dan juga ada kepelbagaian.

"Anda harus menyesuaikan cerita itu dengan sesuatu yang biasa dengan situasi anak anda. Contohnya seorang raja yang mempunyai putera yang nakal atau tentang seseorang yang mempunyai haiwan peliharaannya seperti arnab atau ikan yang boleh berkata-kata.

"Atau gambarkan situasi cerita seolah-olah hampir sama dengan tempat anak anda telah lawati seperti zoo atau taman haiwan atau mungkin juga sebuah stor yang menjual barang permainan dan sebagainya. Dengan berbuat begini anda akan membantu anak anda memperkaya imej di minda serta daya imaginasi dan kreativiti mereka".

Ceritanya pula janganlah terlalu panjang.

"Panjang ceritanya dalam linkungan 20 minit sahaja. Tujuan bercerita ialah untuk membantu anak anda tidur, jadi ia tidak perlu terlalu panjang. Anak-anak mahukan 'penamat' pada cerita itu, jadi kalau mereka tertidur sebelum cerita itu tamat, mereka akan rasa kecewa.

"Kalau membaca daripada buku yang mempunyai beberapa bab, cuba baca dari bahagian ke satu bahagian dan cuba hentikan cerita itu pada satu segmen yang boleh mendatangkan kesimpulan".

CERITA-CERITA LAIN

Anak anda biasanya gemar pada sesebuah buku atau beberapa cerita pendek. Anda mesti sabar bercerita walaupun anak anda meminta buku yang sama dibaca berulang kali atau juga juga cerita yang sama diperdengar berulang kali.

Mungkin juga anda boleh memberikan sedikit kepelbagaian dengan memperkenal cerita-cerita yang 'baru' atau boleh bercerita cerita kegemaran mereka berselang malam.

"Berikan anak anak anda pilihan dan mereka juga sudah tentu mahukan yang baru bila usia meningkat sedikit dan mereka juga akan menemui cerita kegemaran yang baru nanti".

BUKU BERGAMBAR

Bila usia anak semakin meningkat, mereka juga akan semakin pandai bercerita.

Ketika ini masa bercerita sebelum tidur bukan lagi satu 'one man show' (dilakukan seorang) tetapi anak juga turut terlibat dalam bercerita.

Sebelum mereka pandai membaca, ada baiknya jika mereka diberi buku-buku yang mempunyai banyak gambar atau ilustrasi.

Bila mereka mula belajar membaca, adakan banyak gerakan jari dan tunjuk tentang apa yang mereka baca serta juga dengar pertanyaan serta celoteh mereka. Anak kecil biasanya akan mengajukan banyak soalan.

Interaksi sebegini penting untuk mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak.

"Bila anak anda mula membaca tentang satu cerita, jangan ganggu mereka dan biarkan sahaja. Hindarkan daripada memberi komen negatif terhadap cerita mereka".

Cerita sebelum tidur ialah satu momen penting bagi anak anda.

"Mimpilah yang indah".

Diabetes

Senaman Boleh Jauhkan Diabetis Dari Anda

KUALA LUMPUR, 20 Nov -- Bagi K.S Maniam, 67, seorang penghidap diabetis (kencing manis) selama 15 tahun, senaman, walaupun hanya selama 15 minit setiap hari, sudah cukup membantu mengawal penyakit itu.

"Diabetis wujud dalam keluarga saya," menurut Maniam yang merupakan Penolong Setiausaha Agung Persatuan Diabetis Malaysia (PDM).

"Adik lelaki saya meninggal dunia ketika umurnya 34 tahun kerana komplikasi diabetis dan seorang lagi terpaksa dipotong kakinya pada usia 50 tahun kerana masalah yang sama.

"Bagi saya, diet yang tidak sihat serta kurangnya senaman telah memburukkan keadaan kesihatan mereka. Saya tidak mahu menerima nasib yang sama."

Apa yang disuarakan Maniam memang benar kerana pada umumnya masih ramai yang mempunyai sikap 'tidak kisah' terhadap penyakit ini serta tidak kurang juga mereka yang enggan mengubah cara pemakanan serta gaya hidup yang tidak sihat di zaman moden ini.

Lantaran itu, tanpa disedari semakin ramai rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan risiko menghidapi penyakit ini.

PENYAKIT ENDOKRIN

Diabetis Melitus ialah sejenis penyakit endokrin yang punca utamanya ialah kegagalan badan untuk menggunakan (utilisasi) kandungan gula dalam darah sehingga menyebabkan kandungan gula darah melonjak melepasi tahap normal (3.5-6.5).

Terdapat dua jenis Diabetes Melitus iaitu Jenis 1 yang juga dikenali sebagai diabetis juvenil (di mana badan gagal mengeluarkan hormon insulin yang diperlukan untuk menukarkan gula kepada tenaga) dan Jenis 2 (badan tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau tidak dapat utilisasi insulin dengan sempurna).

Statistik PDM (berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morboditi Kebangsaan - NHMS) menunjukan sebanyak 98 peratus dari 1.2 juta rakyat Malaysia pada tahun 2006 yang menghidapi diabetis, ialah dalam kategori kedua.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Malaysia dijangka mempunyai 2.48 juta penghidap diabetis pada tahun 2030.

DIET TIDAK SIHAT, KURANG SENAMAN

Beberapa faktor risiko penyakit ini, seperti faktor genetik (keturunan), adalah di luar kawalan tetapi perkara lain seperti kurangnya senaman, pemakanan yang tidak sihat serta kegemukan yang berlebihan juga boleh menjadi penyebab.

Diabetis boleh memberi kesan terhadap sel-sel di dinding saluran darah dan menyebabkan boleh berlakunya masalah vaskular termasuk penyakit kardiak (jantung), sklerosis (penebalan) arteri, hipertensi (darah tinggi) dan juga kegagalan buah pinggang.

Antara kesan sekunder ialah masalah peredaran darah yang ketara jika diabetis di luar kawalan, jangkitan dan kudis kulit, gangrene (tisu mati), kerosakan retina (mata) yang boleh menyebabkan buta, kehilangan fungsi sensori serta juga mati pucuk.

Oleh itu berada dalam keadaan sentiasa cergas untuk kelancaran peredaran darah serta bekalan oksigen ialah kunci bagi hidup yang sihat.

Implikasi kepada kekurangan aktiviti sedemikian dicerminkan dalam dapatan NHMS 2006, akan kelaziman diabetis mengikut jenis pekerjaan di Malaysia yang mendedahkan bahawa pekerjaan yang kurang mencetuskan aktiviti boleh memburukkan keadaan penyakit ini.

Sebagai contoh sebanyak 15.9 peratus pegawai kanan dan pengurus menghidapi diabetis, penganggur 16 peratus, suri rumah 14.2 peratus, petugas teknikal 12.1 peratus, pengendali dan pemasang mesin 11.7 peratus dan profesional 10 peratus.

Dr Lingeshwaran Pillai, tuan punya 'Fitness Network' menerangkan bahawa senaman bertindak dalam dua cara dalam mengawal diabetis.

Menurut beliau, senaman boleh bertindak memberi stimulasi agar lebih banyak insulin di dalam badan di(rembeskan) keluarkan serta sensitisasi semula tisu otot dan lemak terhadap insulin yang dikeluarkan oleh organ pengeluar iaitu pankreas.

Kata Dr Pillai lagi, senaman aerobik (senaman gerak intensiti rendah) serta anaerobik (tenaga yang dikeluarkan bila oksigen dalam otot kurang semasa gerak intensiti tinggi) ialah penjana kuat yang boleh menolong mengimbangi metabolisme di dalam badan manusia.

Oleh itu senaman yang kerap dilakukan adalah penting sebagai langkah mengelak daripada menghidapi diabetis.

Kata beliau, kekurangan oksigen di dalam sistem otot juga menggalakkan pembentukan asid laktik.

"Bila ada banyak asid laktik, maka berlaku satu proses di mana tisu otot akan menegang dan sebab itulah pesakit diabetis selalunya kelihatan tegang, letih serta lesu," kata beliau.

CARA BIJAK SENAMAN

Bagi Dr Pillai, cara senaman yang bijak adalah penting bagi gaya hidup sihat seorang pesakit diabetis.

"Semuanya mengenai senaman dengan cara yang bijak", kata beliau, sambil menambah objektif senaman ialah untuk membakar kalori yang berlebihan sama ada melakukanya di pusat kecergasan atau aktiviti luar rumah.

Sementara itu, Setiausaha Agung PDM Datuk Rahimah Ahmad berkata jenis senaman yang dilakukan mestilah sesuai dengan umur mereka yang menghidapi diabetis.

Rahimah ditemui semasa kempen 'Hidup Sihat Bersama Diabetis' yang dianjurkan bagi menggalakkan pengawalan diabetis secara efektif.

Selain memantau tahap glukos di dalam darah, mengamalkan diet yang seimbang serta sihat dan senaman yang secukupnya amat perlu bagi mengelakkan pesakit menerima komplikasi daripada diabetis.

"Apa-apa (senaman) pun boleh dijalankan, asalkan sekurang-kurangnya dilakukan tiga kali seminggu. Kalau umur (pesakit) sudah lanjut, mereka boleh bersenam secara melakukan gerak jalan secara pantas. Menaiki tangga juga merupakan aktiviti yang sesuai. Joging, berenang dan senaman yang lain turut disyorkan.

"Walaupun saya menghidapi diabetis sejak 20 tahun yang lampau, saya boleh mengawal penyakit itu, hidup lebih lama dan menghidari komplikasi dengan membuat perubahan pada gaya hidup," tambah beliau.

* Berita Bernama*

Friday, November 20, 2009

Ekspo Agro di Ayer Hitam..

Ekspo Agro Johor ‘09

NUSAJAYA 11 Nov. – Johor buat julung kalinya akan menganjurkan mini Pameran Pertanian Hortikultur Agro Pelancongan besar-besaran yang dikenali ‘Ekspo Agro Johor 09’ mulai 21 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Abd. Aziz Kaprawi berkata, ekspo itu akan berlangsung selama lima hari di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam di Batu Pahat dekat sini.

Katanya, ekspo itu yang merupakan gabungan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ‘09 serta Ekspo Industri Asas Tani ‘09 akan menghimpunkan sekitar 100 peserta daripada pihak swasta, agensi kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC).

“Bagi menjayakan ekspo selama lima hari itu, pelbagai pengisian diatur termasuk Konvensyen Peladang Johor dan pameran agensi kerajaan dan gerai jualan.

“Pengunjung juga diberi peluang mengadakan lawatan ke ladang-ladang yang ada di Projek Pertanian Moden berkeluasan 4,000 hektar dengan menaiki bas secara percuma,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Abd. Aziz berkata, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM500,000 bagi membiayai program itu dan dijangka lebih 10,000 orang akan berkunjung ke ekspo yang lokasinya terletak di tengah-tengah Johor.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja berkata, bagi menjayakan program berprestij itu pihaknya menyeru seluruh masyarakat tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi ekspo itu.

“Kesemuanya telah diambil kira di mana tapak berkenaan merupakan kawasan yang terlibat secara langsung dengan pertanian menggunakan teknologi moden maka benda ini yang kita hendak dedahkan kepada masyarakat tani, nelayan dan penternak.

“Saya yakin peluang ini tidak akan dilepaskan oleh penduduk Johor khususnya anggota masyarakat dari Segamat, Mersing, Kluang, Muar, Pontian dan Kota Tinggi,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia..

Jom ramai ramai kita meriahkan lagi ekspo ni...saya tetap akan pergi walaupun cuaca sentiasa bersalji..hujan le..

Jom Radix..

Beberapa hari lepas..selepas dapat gaji..malam, keluar sekejap dengan kawan nak pergi bayar kereta..dah selesai..nak pergi makan pulak..tergerak nak try makan Radix Fried Chicken..yang dah beberapa minggu open..tapi tak pergi pergi nak try..ha ni menunya..

Radix Delight Set
selain ni ada juga combo..saya order Chicken delight B, 2 set.. dan Spicy Burger 1 set..

Pada saya yang sudah mencuba oklah..bagi ayam spicynya terasa pedasnya dan lembut..burgernya saya tak dapat rasa..sebab kawan saya yang makan..tapi pada pandangan saya mesti pedas..

ni cawangan Radix di Kluang..(betul betul depan Kluang Mall)
No. 63 & 65, Jalan Rambutan,
86000 Kluang,
Johor.

Jadi kalau sesiapa yang datang ke Kluang nak cuba merasa Radix Friend Chicken..jomlah..saya ada je masa temankan..hehe..selain tu Radix Chicken House juga akan dibuka pada 21/11/2009..esok je..mesti nak pergi try juga..kedua dua restoran ni berdekatan je..Jom makan..


*gambar ehsan DuniaHerbaHPA & Radix Fried Chicken..support peniaga melayu*


BBQ...Malam Sabtu..

Hari sabtu lepas..1 family saudara terdekat nak buat birthday untuk anaknya..dah cadang cadang nak buat BBQ untuk makan makan masa celebrate birthday nanti..cadang cadang juga nak buat disini dirumah saya..tapi memandangkan ayah pun dah lama tak ke Muar, tidur sana..maka terjadilah pertukaran cadangan..birthday tu akan dibuat di Muar..rumah Mak Usu saya..dalam pukul 3 petang family pun gerak lah kesana..op..op saya tak ikut..kenapa saya tak ikut..badan terasa penat sangat..lagipun saya dan kawan ada cadangan nak ke Dataran Pulau di Mersing..oleh sebab hujan turun tak berhenti henti terpaksa dicancelkan cadangan nak ke Mersing..tengah sedap sedap layan tengok TV..tiba tiba tergerak pulak nak ke Muar..tanya kawan..kawan cakap ok je..lagi lagi ada BBQ..aiseh tak tahan nak makan dah..dalam pukul 8 malam dengan keadaan cuaca yang sejuk beserta hujan kitaorang memulakan perjalanan ke Muar..kitaorang tak tidur sana..malam tu juga balik..

ni kek harijadinya..siap ada 4 biji motor lagi.. budak budaknya nak kan motor je..

ni besday boy nya..dan acara memotong kek pun bermula..

ni tukang mengipas untuk BBQ malam tu.

nilah ayam BBQ yang baru nak dibakar dan yang dah siap..hitam hitam semua..almaklumlah tukang kipasnya bertukar tukar..sorang kata dah masak..sorang kata belum..tu yang jadi gerseng tu..

tetamu pada malam tu yang diimport dari Kluang..asalnya mereka ni dari A'Famosa Melaka..mandi2..otw nak balik..singgah sekejap..yang bertudung biru tu mak saya..orang kuat tu..

selepas diaorang selesai je makan..barulah tetamu tetamu tuan rumah datang..punyalah ramai..sampai tak sempat nak snap gambar..

nilah Mak Usu saya..tukang masak merangkap tuan rumah..yang sebelah tu..

yang sebelah tu adalah ibu kepada besday boy..dan ni anak anaknya..3 hero..

2 orang ni, anak buah saya..memang suka betul malam tu..dah kenyang makan dapat permainan lagi, tu yang tangan kiri kanan penuh, ada geng..suruh masuk tidur pun tak nak..

ni makanan saya ambik..selain ayam, ada juga daging yang diperap dengan rempah pastu dibakar, udang dan sotong..yang merah tu fav. saya..lengkong..kalau beri 1 loyang pun saya boleh habis makan..

gambar gambar banyak yang saya tak dapat nak snap..ingat nak datang sebagai tetamu je..rupanya kena tolong juga..ada juga menu lain selain BBQ..bihun, mee goreng, nasi lemak, buah buahan..sebelum balik saya minta mak bungkuskan makanan..mana tau esoknya lapar, panaskan..boleh dimakan lagi..dalam pukul 11 malam baru saya dan kawan bergerak balik..tu pun dalam kereta tersenguk senguk..kena tahan mata, kalau tak kawan yang drive tu pun mengantuk sama..

Thursday, November 12, 2009

Surat Temuduga..Tak Disangka...


Semalam saya dapat 1 surat dari SPRM..untuk menghadiri temuduga..saya tak sangka boleh dapat..sedangkan masa isi form jawatan kosong hanya sekadar suka suka je..dapat ok..tak dapat pun ok..tapi Alhamdulillah saya dapat..masalah sekarang saya seganlah nak pergi..sebabnya jawatan tu pada saya tak sesuailah untuk perempuan..tapikan masa jawatan kosong tu dikeluarkan..tak de pula syarat syarat mengatakan untuk lelaki atau perempuan..tu pasal lah saya mencuba je..then lagi 1 kalau bukan untuk perempuan juga SPRM dari Putrajaya tak kan hantar surat temuduga pada saya..sedangkan masa isi form tu disertakan dengan gambar..aduhai..fening fening..nak tahu tak apa jawatannya..

Jawatan Pemandu Kenderaan..di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Nak gelak gelak lah..tapi apa boleh buat dah dapat..harus juga kena pergi..


*maaf ye kalau gambar kureng memuaskan*

Tanjung Resang..Mersing

Sepatutnya minggu ini, hari Ahad..saya dan kawan nak kesini..yang telah dikotakkan tu..(mungkin tak berapa nampak)..

Tanjung Resang

Tapi memandangkan kat Kluang ni hujan dah turun beberapa hari..jadi terpaksalah dibatalkan..takut juga kalau kalau air laut mengganas..jika ternampak signboard ni..belum sampai sepenuhnya lagi..kena masuk lagi kedalam..tapi maaflah tak tahu berapa km lagi untuk sampai..pantainya pada saya ok..bersih..pasir yang landai..ombak tak berapa mengganas sangat..sepoi sepoilah kiranya, tenang je..ada tandas, bilik air untuk mandi, rumah umpama homestay untuk tidur..


Jadi kalau sesiapa inginkan privacy sikit untuk bersantai kat laut..boleh datang sini..saya hanya cadangkan saja..tapi keinginan setiap orang saya tak tahu..camana pun saya tetap akan datang kat sini lagi (sebelum ni saya pernah datang kat sini sekali dengan family)..tapi tak tahu lah bila zaman nak datang...


*maaflah kalau gambar kurang memuaskan*

Wednesday, November 11, 2009

Pergi BerMandi Manda..

Kalau ikut perancangan awal dan dah lama dirancang..memang nak ke laut..tapi memandangkan cuaca sekarang tak menentu sekejap hujan sekejap tak..takut juga nak ke laut..dan oleh kerana juga ada 1 blog akak ni mempamerkan keindahan 1 tempat untuk mandi manda..apa lagi terus tersangkutlah..blog yang saya maksudkan ialah blog akak norzitatytalib, (pinjam sekejap je eh kak)..tapi yang ni saya nak bercerita versi saya pulak..boleh kan kak...kebetulan tempat ni ada kawan pernah pergi semasa camping persekolahan..senanglah sikit..maka hari ahad pun kami pergi..dan inilah tempatnya..

Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok..
Muka muka yang baru sampai dan dah tak sabar nak berendam..
(muka saya tak de eh)

Mula sampai memang jumpa pintu gerbang dulu..tapi nak masuk kedalam ada 2.4km lagi..tak caya..ni buktinya..


Sepanjang perjalanan masuk kiri kanan pemandangan hutan..tapi bila ada sampai 1 tempat petengahan jalan kami semua terbau petai..mungkin kat kawasan tu ada pokok petai..agaknyalah...sampai cari park..terus jalan mencari tempat yang sesuai untuk mandi..tapi semua tempat penuh..jalan lagi sampailah kat 1 tempat yang pada kami agak ok lah..

Inilah tempat kami..tengok air yang mencurah curah..buat kami tak tahan nak mandi..

Tapi saya macam biasalah..nak makan dulu..baru pergi berendam..sejukkk gile...


Ni bahagian atas, tempat kami kat bawah tempat ni je..nak ikut kan memang nak ke atas tempat nilah..tapi tengok ramai pulak budak budak dan orang orang yang bercengkarama..tak jadilah..tempat kami pun dah kira ok..dah puas berendam..kemas kemas barang..bersihkan diri..balik..
Dalam perjalanan balik kami menyinggah sekejap ke pekan Yong Peng..nak cari makan..berhenti kat KFC penuh, kat Marrybrown full..akhirnya cadang makan kat Kluang jelah..tapi sebelum tu kami berhenti kat satu perhentian bas..tapi tak ingatlah apa nama..semata mata nak tengok ikan besar..entah kawan kawan panggil Ikan Araipama tak pun Ikan Naga..tapi memang besar ikannya..tiap tiap hari bagi makan daging..gambar tak dapat ambil..sebab kalau ambil pun tetap tak nampak juga..jadi gambar ni jelah yang saya dapat ambil..

Boleh kot dari tak de..hehe..

Kami teruskan perjalan balik ke Kluang..sampai, terus ke Kedai Makanan Wak Tunot..kedai ni popular dengan Mee Bandung..dan terletak di Kampung Tengah..

Inilah Mee Bandung nya...

Kenyang perut..badan dah letih..dan tak ada destinasi lain nak dituju..balik..

*Jadi pada sesiapa yang teringin nak ke Air Terjun Bekok..silalah..tempatnya memang tak mengecewakan..*





Tuesday, November 10, 2009

Agenda Sabtu Tangkap Muat..

Hari sabtu lepas...dah lepas sangat sangat pun..ikut perancangan awal saya dan kawan nak ke T6,Sembrong..ada Gempak Desa Astro...malam pulak ada konsertnya..artis yang hadir kebanyakkan dari bekas pelajar pelajar AF..seperti Mawi, Yazer, Edlin..tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan..terpaksa dibatal kan perancangannya..tak kisahlah..lagipun saya boleh buat perancangan lain..ikut family ke JB...

Tapi bukan untuk jalan jalan tapi hanya nak mengambil anak buah saya yang 2 orang tu..tiba masa nak balik ayah menyinggah pulak sekejap ke Pasaraya Kip Mart Tampoi..lagipun laluan balik menggunakan tol Skudai..

Sampai rumah..ingat nak rehat rehat..kawan pulak mesej ajak pergi melawat mak kawan kami masuk hospital..niat memang dah lama nak pergi..ni barulah ada kesempatan waktu..nak diikutkan saya ni ketaq lutut nak masuk hospital..tak tahulah kenapa..gemuruh semacam je..tapi mengenangkan kawan saya..mak dia pun saya dah kenal..saya kuatkan juga untuk melangkah masuk..nasib ada kawan..(huhu teruk betul lah aku ni..)

Dah habis melawat..kami pergi pulak Kluang Mall ada pameran kereta Lotus..waktu pagi ada pertunjukan drift..

sebahagian daripada kereta lotus yang dipamerkan

Ini pun tak dapat nak ambil semua..dah ramai sangat orang yang nak mengambil gambar dengan kereta kereta ni..jadi ni jelah yang sempat diambil..dah puas belek belek..jalan jalan pulak dalam Kluang Mall..almaklumlah saya ni jarang sangat sangat kebandar..balik kerja terus balik rumah..lagipun tempat kerja bukan berdekatan dengan bandar..tu pasal bila ada masa kebandar jalan puas puas..masa tu pulak ada sale kasut, wallet, handbag wanita..70%, 80%..selit selit juga lah nak tengok..mana tau ada yang berkenan..boleh juga sambar..tapi takde pulak yang berkenan (tak berkenan ke kekurangan ongkos..hehe..) kat Kluang Mall ni tingkat atas sekali ada 1 tempat untuk permainan kanak-kanak..kalau anak anak saudara datang..kesini lah dituju..entah macamana bila masuk je tempat tu saya terpandang 1 benda yang amat besar..yang sebelum ni tak pernah ada disitu..

inilah bendanya...cam teringin pulak nak naik..tapi nanti orang cakap tak sedar diri pulak..huhu...

Agenda seterusnya..teringin pulak nak kepasar..yang lebih dikenali dengan nama pasar bukit ayam..siapa siapa orang Kluang mesti tau pasar ni dimana..sampai sampai je kat pasar hujan mula turun..orang mulalah jalan ketepi tepi nak lalu bawah payung..tempat utama nak dituju tempat jual asam..

nilah pelbagai asam yang dijual..ni pun main ambil je gambar..hujan punya pasal

Badan dah penat..kaki pun dah letih..apa lagi balik lah..


*stop disini dulu ye..nanti nanti akan disambung lagi..dilain waktu*




Jom Layan Lagi..Santau..


Nak pergi tengok..tak kira tetap nak pergi tengok...

Sinopsis:

Sepasang suami isteri, Halim dan Nina bersama anak perempuannya Tuti hidup dalam keadaan selesa di sebuah perkampungan Melayu moden. Halim sentiasa menjadi contoh di kalangan masyarakatnya kerana berjaya dalam kerjaya dan suasana rumah tangganya yang harmoni. Di sebelah rumah mereka tinggal sepasang suami isteri, Usin dan Ana, dan di sebelah satu lagi adalah rumah kosong yang sedang menanti orang untuk menyewa. Selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadian aneh dan menyeramkan di dalam rumah mereka. Bermula dengan Tuti yang terlihat pelbagai kelibat misteri sehinggalah kepada Nina yang sering mengalami kejadian pelik yang belum pernah berlaku selama ini. Semuanya berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. Halim sangat sibuk dan menghabiskan masanya di luar sehingga lewat malam. Nina mula berubah sedikit demi sedikit daripada seorang isteri yang baik dan rajin menjadi seorang yang malas dan panas baran.

Setiap hari ada sahaja perkara yang berlaku yang mampu meretakkan hubungan keluarga mereka. Sebagai seorang yang berjaya, Halim tidak begitu mempercayai wujudnya benda ghaib dalam rumah mereka apabila Tuti mengadu padanya. Satu hari Nina mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan Halim membawanya ke klinik. Doktor mengesahkan Nina mengalami gastrik. Bagaimanapun Tuti mengesyaki ibunya mengalami gangguan benda halus. Satu malam, Halim berkejar pulang apabila Tuti memberitahu Nina dirasuk dan menjerit-jerit. Akhirnya Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung. Bidan tersebut mendapati Nina dan Halim telah menerima SANTAU kerana perasaan dengki dengan kebahagiaan dan kejayaan mereka. Sesuatu yang di luar jangkaan Halim telah terungkai dan ia amat mengejutkan.

Tarikh Tayangan : 10 Disember 2009

Layan Je...

Minggu lepas, niat dihati nak tengok wayang cerita Micheal Jackson 'This Is It'...walaupun filemnya macam dokumentari tapi disebabkan lagu lagunya, tariannya..tu pasal nak pergi tengok..tapi macamana entah sampai wayang boleh pulak berubah fikiran..nak tengok filem melayu..masa tu dah ada 2 pilihan..samada nak Papadom atau yang lagi 1 tu...last last ambik pilihan yang ke 2..beli tiket untuk hari Rabu ..lagi pun hari Rabu punya tiket murah sikit..nilah filem yang yang saya dan geng geng tengok..


Sebab pilih cerita ni pun..sejarah nya ada berlaku di Parit Raja..dan meragut 99 nyawa..baca pasal sejarah nya pun macam best je..tu boleh terus pilih filem ni..

Lembing Awang Pulang Ke Dayang merupakan sebuah filem hikayat cereka. Filem ini dijangka akan ditayangkan tahun 2008. Filem ini unik kerana berasaskan sebuah buku tulisan Cikgu Shaharom Husain yang merupakan seorang ahli sasterawan terkenal dan juga pakar sejarah negeri Johor. Kisah asal Lembing Awang Pulang Ke Dayang adalah sebuah legenda negeri Johor dan ia di katakan benar-benar terjadi pada tahun 1776 di kawasan yang kini didirikan Parit Raja, Muar. Dikatakan bahawa seperti kebanyakan legenda tragedi lain, kisah ini ada sumpahannya yang tersendiri. Sebelum filem ini di buat oleh penerbit, di katakan bahawa telah terdapat usaha untuk menghidupkan kembali kisah ini melalui teater dan drama TV. Semua usaha-usaha ini banyak menghadapi masalah, drama TV tersebut dikatakan sampai kini belum ditayangkan. Filem ini juga dikatakan menempuhi banyak halangan dan tertangguh beberapa kali.


Sinopsis

Filem ini diilhamkan dari kisah 'Lembing Awang Pulang Ke Dayang' yang merupakan sebuah hikayat di hujung kurun ke-18 yang berlaku di Johor. Ia mengisahkan pengembaraan Awang selama tiga tahun bagi menyempurnakan adat untuk mengahwini kekasih hatinya. Dalam pengembaraan Awang, dia mula memahami erti hidup dan mempelajari sejarah kebesaran keluarganya. Dia juga bertemu beberapa watak di mana dia mampu menimba ilmu, menjalin persahabatan dan menerima penghormatan. Sepeninggalan Awang, hati tunangnya Dayang cuba dicuri oleh Bachok dengan bantuan guru silatnya, Panglima Merah, bekas ketua lanun yang amat digeruni di perairan laut Melaka. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, Awang dianugerahkan dengan dua bilah lembing pusaka bernama Lembing Laki dan Lembing Bini. Pelayaran Awang membawanya ke pelabuhan Makasar di mana peluang memenuhi cita-citanya tersedia.


Dan juga dikatakan lembing Awang tu bergerak sendiri sehingga membunuh 99 nyawa..bila dijadikan filem, pada saya tak sehebat sejarah asalnya..walau macamana pun..elok juga dibuat filem..sekurang-kurangnya anak anak muda sekarang boleh mengetahui dan mengingati balik sejarah sejarah sesebuah tempat..nak lebih tahu lagi jom kat sini

Habis je tengok wayang pergi makan..masa ni perut masing masing dah berbunyi..macam macam lagu..jadi bila makanan sampai terus makan..dah tak ingat apa dah..dah kenyang..kawan pulak ajak pergi karaoke..layan jelah...dah puas melalak..masa balik hujan turun selebat lebatnya..nampak sangat memang suara kitaorang ni tak sedap..tapi balik tidur lagi sodap..hehe...