CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 23, 2009

Harijadi Di Raikan Bersama...

Walaupun cerita ni dah hampir seminggu berlalu..kelewatan atas sebab2 yang tidak disengajakan..barulah boleh terkeluar hari ini..

Selepas hari Deepavali..18/10/2009..Saya 1 family meraikan harijadi 3 orang dalam keluarga saya..ayahanda saya 16/10/2009..anak-anak buah saya 2 orang..yang sorang tu 24/10/2009 dan yang lagi sorang 7/11/2009..sekali gus meraikan..ini tak termasuk saya penghujung bulan 11..takpe lama lagi..ayah saya import tukang masak dari Pagoh, Muar (Mak Usu..adik ayah saya)..menu asal nak buat bihun goreng je..tapi oleh kerana Mak Usu saya yang masak..maka menunya sudah bertukar..dari bihun ke mee bandung dan roti jala dimakan dengan kuah dalca..

Nurul Asyikin 4 tahun & Mohamad Aidil Fitri 3 tahun..

Muka-muka selepas potong kek..dan dapat hadiah..apa yang ditembak tu pun tak tahulah..maaflah acara memotong kek sama ngan atok mereka iaitu ayahanda saya tak dapat diambil..ni semua gara-gara kamera tu merajuk..hampeh tul..masa tu lah gak die nak merajuk..sakit jiwa..ni terpaksalah menggunakan kamera HP saya dengan gambar yang kurang memuaskan..


Ni lah menunya..mee bandung dan kuah dalca..maaflah ye roti jala tak sempat nak ambik (termasuklah gambar2 lain)..busy sangat..tengok-tengok dah habis..hehe...sebab saya ni hantu roti jala tu yang cepat habis..

Selamat Hari Jadi kepada ayah saya..semoga dimurahkan lagi rezeki hendaknya..dan kesejahteraan hidup juga kesihatan yang baik..terima kasih menjaga kami adik beradik dengan cukup sempurna..

untuk anak-anak buah ku..perjalanan hidup korang berdua masih panjang..mak ngah doakan semoga hidup korang berdua aman disamping kesihatan yang baik..janganlah memilih landasan hidup yang salah..jadilah insan yang berguna apabila dewasa kelak...







Thursday, October 22, 2009

Cerita Pada Hari Deepavali....

Maaflah kalau cerita ni dah lama..bukan apa..pada hari Isnin saya sibuk sangat2 dengan kerja..hari Selasa dah half ada emergency case..hari Rabu pulak saya mc..sakit perut yang amat mujur tak kena tahan kat hospital..gara2 makan nasi lemak kerang..ni barulah dapat nak bercerita..

Hari sabtu lepas, Deepavali Day..Gempak Astro datang Kluang..saya pun tak ada apa aktiviti pergilah menjengah2..yang ikut serta dengan saya adik & my buddy..hari siang orang tak berapa ramai mungkin disebabkan cuaca yang amat terik..kebetulan masa kitaorang sampai ada beberapa artis kat booth Celcom..jadi sesiapa nak bergambar bolehlah serbu..kitaorang pun ada gaklah menyelit2..

Adik kesayangan bersama salah sorang artis...

Salah satu booth yang ada..cuaca panas terik pengunjung pun tak berapa ramai

Rasa cam nak bawak balik...boleh ke...

Lepas dah habis bergambar semua..terdengar pulak satu suara mengatakan peserta2 dari Program Sehati Berdansa berada kat satu kenderaan Astro disitu..pe lagi menyelit gak lah...cuma 3 pasangan je yang ada..selepas sehati berdansa ada pulak mini show dari artis AF seperti Mila, Stacy, Aril..oleh kerana mini show tu bermula selepas diaorang rehat dalam kul 12 lebih..kitaorang tak dapatlah tengok..sebab kitaorang ada agenda lain..saya & kawan ada tempat lain nak dituju iaitu Chaah..

Salah satu pasangan program Sehati Berdansa-Mirnawan & wife..(iklan gigi palsu tu)

Malam ada konsert..balik dari Chaah..kitaorang balik rumah bersihkan diri..dalam pukul 8.00pm gerak pulak pergi konsert..artis yang ada pada konsert tu Anuar Zain, Khatijah Ibrahim, Ning Baizura, Artis2 AF...cukup menghiburkanlah..lagi tema konsert pada malam tu ialah Retro..lagu era 80an semua tu..

Keadaan pentas pada waktu malam tu diaorang masih sibuk adjust2 lagi..tu yang lambat..janji mula pukul 8 tunggu punya tunggu pukul 9 mula..

Artis yang terpaksa jadi model untuk diaorang adjust screen gambar supaya clear..punyalah lama nak tunggu..hampeh betul..

Kitaorang tak dapat tengok sampai konsert habis..almaklumlah kawan kena masuk kerja pukul 12 malam..lagipun habis konsert pukul 12 lebih..tak sanggup nak tunggu..takut nanti bila nak balik sesak pulak..

*maaflah kalau gambar semuanya kurang memuaskan*





Friday, October 16, 2009

Rasa Nak Demam...

Aduh..dari semalam asyik bersin bersin je..malam semalam dah mula batuk batuk..

Pagi tadi bangun kepala dah sakit..ikut kan nak ambik mc je..tapi gagahkan diri juga untuk datang ofis..sampai ofis menjadi jadi pulak bersinnya..ditambah dengan sakit tekak, datang pulak selsema..semua ada, datang dengan pakej sakit ni..ni harus saya ambik half day hari ini..

Wednesday, October 14, 2009

Pelapis Generasi...

Mari kita sama-sama kongsi info sikit mengenai kanak-kanak melayu yang berbakat..

Selain sebelum ini suatu ketika kita ada Sufiah Yusuf yang dapat belajar di Universiti Oxford pada umur 13 tahun..dan kerana ada masalah keluarga, dia sendiri telah jauh dari asalnya..selepas itu kita ada Adi Putra Abd Ghani..dapat menguasai matematik dengan cepat, telah banyak menghasil formula sekitar umur 7 tahun..dan sekarang kita ada Tengku Ahmad Irfan Tengku Ahmad Shahrizal..pakar dalam menguasai piano..kesemuanya bermula dengan umur yang sangat muda..


"Beliau telah menunjukkan bakat semulajadi dalam bidang muzik seawal usia 7 tahun. Dalam masa 2 tahun, dia telah dianugerahkan sijil cemerlang dari Trinity Guildhall untuk piano solo Gred 5 sebelum menerima kepujian untuk Gred 8.


Pada awal penglibatannya dalam seni, Tengku Ahmad Irfan telah berjaya mengalunkan repertoire yang hebat tanpa sebarang bimbingan khusus. Bakatnya telah menarik perhatian ramai hingga diundang membuat persembahan di kaca TV dan terlibat dalam Program Pendidikan & Luaran MPO.


Tengku Ahmad Irfan juga pernah menghadiri masterclass di bawah bimbingan Professor Dr Arbo Valdma dan kini berada di bawah bimbingan Professor Snezana Panovska."


Mereka ini semua adalah pelapis generasi yang akan datang..moga-moga mereka semua kekal dengan kemahiran dan bakat yang mereka ada..


Friday, October 9, 2009

Kebakaran Yang Tak Disangka..


Semalam adalah hari yang paling memeningkan kepala saya..dengan kepala yang sakit..kerja yang banyak..menambahkan lagi sakit kepala..
tepat pukul 3.30pm macam tau tau je saya ni tengah sakit..elektrik boleh tak ada..memang nak suruh saya berrehatlah tu..kebetulan ye tak..niat hati ni memang nak je balik awal..tapi nanti apa pulak kata bos..sementara nak tunggu balik..berdirilah sekejap ditepi tingkap ambil angin..almaklumlah elektrik tak ada..tiba2 nampak 1 kereta MYVI SE putih berhenti ditepi jalan..1 family keluar dari kereta tu..nampak pulak asap berkepul-kepul keluar..saya ingatkan mungkin asap dari ekzosnya..tapi bila diperhatikan asap tu keluar dari bahagian enjin berserta dengan api..
saya pun tanpa fikir panjang kemas barang..tutup pintu ofis semua..terus pergi tengok untuk merakamkan detik-detik kecemasan tersebut..





Api sedang membakar keseluruhan kereta


Ahli Bomba sedang memadamkan kebakaran


Disebabkan Hp saya baterinya low yang amat..keadaan terakhir kereta tu tak dapatlah saya ambil..tapi bayang2kan jelah kereta yang telah hangus terbakar ye...

p/s : maaflah kalau gambar kurang memuaskan..saya ni bukannya pakar dalam mengambil gambar..

Wednesday, October 7, 2009

Ambil Cuti Pergi Jalan Jalan

Cerita yang nak diceritakan ni berlaku 2 hari lepas..

Hari isnin saya ambil cuti semata-mata nak ikut ayah pergi seremban..7.30am dah gerak
satu family ikut serta..almaklumlah..saya ni tak pernah jejak kesana pun..
ayah dah biasalah sebab kerjanya memerlukan dia kesana..
jadi kali ini saya mesti nak ikut juga..
sampai sana Nilai 2..aduhai mata dah jadi rambang dengan kain-kain yang dijual..
boleh dikatakan semua kedai yang menjual kain cantik-cantik belaka, murah-murah..

entah macamana ayah cakap nak ke KL terus..pergi Sogo dan Jalan Masjid India..
kat Sogo ada sale sampai 70%..sambar sehelai baju..


Di Jalan Masjid India mak pulak rambang mata tengok tudung..
menyinggah sekejap ke Jakel..pun cantik-cantik kain yang dijual..
sambar satu kain 1 meter rm3.00..bolehlah..buat tambah-tambah koleksi...
ada juga yang 1 pasang RM10.00
dah habis pusing-pusing..ayah cakap pergi Nilai 3 pulak..

aduh...kaki dah sakit..sampai Nilai 3 kepala dah pusing...nak berjalan pun dah tak larat..
di Nilai 3 tak banyak jual kain ela..banyak yang dijual furniture, permaidani, baju T-shirt..
tapi kalau ada sesiapa yang nak beli kain ela disyorkan pergilah Nilai 2..
dah puas pusing tak ada apa yang nak dicari..aktiviti terakhir kami baliklah..
sampai rumah tepat pukul 8.00pm..
aduh letih sangat-sangat..

p/s:dah sibuk pilih baju..sampai gambar pun lupa nak ambil...






Tuesday, October 6, 2009

Baru Nak Bermula & Belajar

Assalamualaikum....salam pembukaan...


saya ni budak baru belajar...jika ada salah kesilapan tolong tolonglah ajar dan tegur...
dan ini adalah kali pertama saya cuba masuk dalam dunia blog...
saya harap semua dapat membantu.