CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 22, 2009

Cerita Pada Hari Deepavali....

Maaflah kalau cerita ni dah lama..bukan apa..pada hari Isnin saya sibuk sangat2 dengan kerja..hari Selasa dah half ada emergency case..hari Rabu pulak saya mc..sakit perut yang amat mujur tak kena tahan kat hospital..gara2 makan nasi lemak kerang..ni barulah dapat nak bercerita..

Hari sabtu lepas, Deepavali Day..Gempak Astro datang Kluang..saya pun tak ada apa aktiviti pergilah menjengah2..yang ikut serta dengan saya adik & my buddy..hari siang orang tak berapa ramai mungkin disebabkan cuaca yang amat terik..kebetulan masa kitaorang sampai ada beberapa artis kat booth Celcom..jadi sesiapa nak bergambar bolehlah serbu..kitaorang pun ada gaklah menyelit2..

Adik kesayangan bersama salah sorang artis...

Salah satu booth yang ada..cuaca panas terik pengunjung pun tak berapa ramai

Rasa cam nak bawak balik...boleh ke...

Lepas dah habis bergambar semua..terdengar pulak satu suara mengatakan peserta2 dari Program Sehati Berdansa berada kat satu kenderaan Astro disitu..pe lagi menyelit gak lah...cuma 3 pasangan je yang ada..selepas sehati berdansa ada pulak mini show dari artis AF seperti Mila, Stacy, Aril..oleh kerana mini show tu bermula selepas diaorang rehat dalam kul 12 lebih..kitaorang tak dapatlah tengok..sebab kitaorang ada agenda lain..saya & kawan ada tempat lain nak dituju iaitu Chaah..

Salah satu pasangan program Sehati Berdansa-Mirnawan & wife..(iklan gigi palsu tu)

Malam ada konsert..balik dari Chaah..kitaorang balik rumah bersihkan diri..dalam pukul 8.00pm gerak pulak pergi konsert..artis yang ada pada konsert tu Anuar Zain, Khatijah Ibrahim, Ning Baizura, Artis2 AF...cukup menghiburkanlah..lagi tema konsert pada malam tu ialah Retro..lagu era 80an semua tu..

Keadaan pentas pada waktu malam tu diaorang masih sibuk adjust2 lagi..tu yang lambat..janji mula pukul 8 tunggu punya tunggu pukul 9 mula..

Artis yang terpaksa jadi model untuk diaorang adjust screen gambar supaya clear..punyalah lama nak tunggu..hampeh betul..

Kitaorang tak dapat tengok sampai konsert habis..almaklumlah kawan kena masuk kerja pukul 12 malam..lagipun habis konsert pukul 12 lebih..tak sanggup nak tunggu..takut nanti bila nak balik sesak pulak..

*maaflah kalau gambar semuanya kurang memuaskan*





2 comments:

Mohd Arzaiee & Norzitaty Rubaya said...

angahnye mana?tak amek gambar dgn artis ke??

angah said...

budak angah ni pemalu yang amat..huhu...