CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 7, 2009

Ambil Cuti Pergi Jalan Jalan

Cerita yang nak diceritakan ni berlaku 2 hari lepas..

Hari isnin saya ambil cuti semata-mata nak ikut ayah pergi seremban..7.30am dah gerak
satu family ikut serta..almaklumlah..saya ni tak pernah jejak kesana pun..
ayah dah biasalah sebab kerjanya memerlukan dia kesana..
jadi kali ini saya mesti nak ikut juga..
sampai sana Nilai 2..aduhai mata dah jadi rambang dengan kain-kain yang dijual..
boleh dikatakan semua kedai yang menjual kain cantik-cantik belaka, murah-murah..

entah macamana ayah cakap nak ke KL terus..pergi Sogo dan Jalan Masjid India..
kat Sogo ada sale sampai 70%..sambar sehelai baju..


Di Jalan Masjid India mak pulak rambang mata tengok tudung..
menyinggah sekejap ke Jakel..pun cantik-cantik kain yang dijual..
sambar satu kain 1 meter rm3.00..bolehlah..buat tambah-tambah koleksi...
ada juga yang 1 pasang RM10.00
dah habis pusing-pusing..ayah cakap pergi Nilai 3 pulak..

aduh...kaki dah sakit..sampai Nilai 3 kepala dah pusing...nak berjalan pun dah tak larat..
di Nilai 3 tak banyak jual kain ela..banyak yang dijual furniture, permaidani, baju T-shirt..
tapi kalau ada sesiapa yang nak beli kain ela disyorkan pergilah Nilai 2..
dah puas pusing tak ada apa yang nak dicari..aktiviti terakhir kami baliklah..
sampai rumah tepat pukul 8.00pm..
aduh letih sangat-sangat..

p/s:dah sibuk pilih baju..sampai gambar pun lupa nak ambil...






2 comments:

♥Hernee Nazir♥ said...

akak x pnah smpai lg nilai..hehehe

angah@anil said...

try pi lah kak..mcm2 ada..